Organic & Naturals Beauty Skincares
Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Disini,saya nak berkongsi tentang tips penjagaan kulit muka
untuk gadis-gadis diluar sana. Tapi tips ni bukan sahaja untuk girls, para
golongan jejaka pun boleh mencuba. Penjagaan kulit wajah itu penting
sebab ia menunjukkan daya keterampilan diri ,jadi kita perlulah menjaganya
dengan baik.
Tetapi apa tips-tipsnya?macam mana caranya untuk
menjaga muka kita?Kekangan masa dan sibuk menyebabkan ramai orang tidak
ada masa untuk menjaga muka. Nak beli set penjagaan kulit yang bersepah di luar
sana, mahal dan kadang tak cukup bajet. Jalan penyelesaian dia adalah guna
sahaja bahan natural yang boleh didapati dimana-mana supemarket terdekat.Ianya
bahan ringkas yang saya amalkan,mudah sahaja dan Insya-Allah, berkesan.
Cuka Epal Organik
Selamatkah nak guna ni kat muka? Kalau nak tahu,cuka epal ni
mengandungi antiseptik yang boleh cegah jerawat dan seimbangkan kulit muka
bagi mencegah kulit berminyak.
Cara untuk mengunakan cuka epal ini pula tak lah susah.
Boleh dibuat toner, masker ataupun disapu terus ke kawasan yang bermasalah.
Putih Telur
Khasiat putih telur ini memang tak dapat disangkal lagi.
Antara khasiatnya, merawat jerawat, mengecilkan pori-pori kulit, menegangkan
kulit muka dan awet muda ,merawat kulit kering, berminyak dan mencerahkan
wajah. Kaedah yang selalu diguna adalah dijadikan masker dan dicampur dengan
bahan lain seperti madu, cuka epal, kunyit dan banyak lagi.
Lidah Buaya
Tahukah anda semua yang lidah buaya atau aloevera ini
mengandungi lebih 200 komponen aktif yang kalau disenarai disini semua
khasiatnya nescaya penuhlah satu ruangan ini. Antaranya ialah mineral,vitamin
A,C,dan E, asid amino dan banyak lagi. Lidah buaya ini dapat merawat kulit
bermasalah, luka kecil, gigitan serangga dan mepercepatkan penyembuhan
parut-parut di kulit.Boleh digunakan sebagai masker,toner,mist,pelembab muka,
dan banyak lagi.
Dan satu lagi tips penting yang paling utama dalam penjagaan
kulit, kurangkan atau elakkan menyentuh wajah! Tangan dan jari jemari anda itu
mengumpul banyak bakteria dan kotoran yang tak dapat dilihat. Banyak keburukan
menyentuh muka dengan tangan yang dicari di laman layar sekalipun. Tetapi kalau
sudah terpaksa, cuci tangan anda dengan bersih sebelum menyentuh.
Sampai disini sahaja perkongsian saya,semoga ianya berguna
kepada para pembaca sekalian.



Comments
Post a Comment